Sunday, 27 November 2011

Pemuja nombor ekor kena taubat


ALOR GAJAH: Umat Islam yang terbabit dalam amalan pemujaan nombor ekor bukan saja jahil dan 

tamak untuk mengejar kekayaan, malah jauh terpesong daripada agama Islam dan perlu segera bertaubat. 

Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Abu Khir Jamaluddin berkata, kebanyakan pengikut yang melakukan pemujaan berkenaan juga terlalu taksub kononnya seseorang pengamal nombor ramalan mampu memberikan

 nombor ekor dikehendaki tanpa mengetahui sebenarnya mereka ditipu.Menurutnya, pihak terbabit perlu sedar perbuatan seumpama itu dilarang keras dan bertentangan dengan syariat Islam. “Saya berpendapat, dalam hati 

mereka yang melakukan pemujaan nombor ekor masih ada sifat angkuh ingin cepat kaya hingga sanggup 

menyesatkan diri mereka dengan menyembah colok sebagai alat memohon sesuatu yang ditegah agama,” katanya.Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai segelintir warga emas 

beragama Islam sanggup meredah laluan berselut tanah merah di kawasan ladang kelapa sawit sejauh 

2.5 kilometer semata mata bagi mendapatkan nombor bertuah melalui pemujaan di sebuah tokong lama 

di Lubok China, Alor Gajah, di sini. 


Katanya, kebanyakan pengamal nombor ekor haram terbabit berselindung di sebalik lagak alim dan rajin 

beribadat namun pada masa sama ada niat melakukan perkara khurafat ditegah agama Islam. “Saya malu bila membaca berita ada segelintir lelaki beragama Islam sanggup datang jauh 

semata-mata mengikut kehendak hati mahu cepat kaya, sedangkan mereka tahu perbuatan itu sesat lagi

 menyesatkan. “Golongan ini mudah menghidu di mana ada unsur yang boleh dipuja untuk mendapatkan

 nombor ramalan tanpa menghiraukan kesedaran di dalam diri mereka asalkan apa yang mereka hajati 

tercapai. 

“Malah, segelintir daripada mereka sanggup memuja kubur lama yang dianggap keramat dalam usaha

 meminta pertolongan bagi memuja nombor ekor, namun mereka lupa kubur yang dianggap keramat itu tidak 

dapat  membantu mereka,” katanya. Abu Khir berkata, orang Islam wajib mempercayai mereka hanya boleh 

meminta pertolongan daripada Allah SWT semata-mata dan wajar segera bertaubat dan berhenti melakukan 

amalan ditegah agama.

Credit to: HMetro

No comments:

Post a Comment